KARATE
Arif Affifudin terlibat kemalangan jalan raya, akur musim 2025 berakhir
Jaguh karate negara, Arif Affifudin Abdul Malik, terpaksa menerima hakikat bahawa musim 2025 sudah berakhir buat dirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya sehingga mengakibatkan patah pada bahagian pergelangan kaki.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Arif menggalami kecederaan itu pada kaki kanannya yang juga masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan Ligamen Cruciatum Anterior (ACL).
"Perkara ini adalah ujian dan cabaran untuk saya hadapi, saya perlu berlapang dada dengan sokongan daripada persatuan, MSN, saya rasa gembira dengan sokongan mereka.
Iklan
Atlet karate negara, Arif Affifudin Ab Malik sah terlepas Sukan SEA Thailand 2025 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.Arif menggalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki kanan.Butiran lengkap di Nadi Arena malam ini….@ASTROARENA pic.twitter.com/A5L3bUV4XD— karlnunis (@_karlnunis) January 21, 2025
"Saya tidak boleh buat apa-apa untuk Sukan SEA tahun ini kerana kecederaan, tetapi tahun depan saya akan buat yang terbaik untuk sertai pasukan semula. Terima kasih buat yang beri sokongan." katanya.
Arif melalui detik paling sukar dalam kariernya apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dengan senario itu menyaksian dia dijangka bakal disisihkan sepanjang tahun ini bagi sesi pemulihan.
Arif ketika ditemui dalam satu perjumpaan ringkas bersama Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, sempat berseloroh andai dirinya mampu untuk beraksi di Sukan SEA Thailand, Disember hadapan.
Kebarangkalian itu pantas ditepis Nur Azmi atas faktor mahu menumpukan proses pemulihan sepenuhnya bagi mempertahankan kilauan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Asia Hangzhou yang lalu.
Must-Watch Video