Skip to main content

Sukan Lain

Apa nasib penerjun pelapis negara jika bajet tidak memadai?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terjun.jpg
Pembentukan barisan kejurulatihan baru akan dilakukan untuk memperkuatkan skuad terjun negara dari peringkat pelapis.

Pengarah teknikal, Bryan Nickson Lomas, berkongsi 2 jurulatih bakal diambil dalam melaksanakan perancangan baru bagi 2024 yang beri tumpuan pada prestasi skuad pelapis negara.

Antara perkara baru yang akan diberi fokus adalah penetapan darjah kesukaran terjunan yang akan mula diamalkan bagi memastikan jurang prestasi tidak jauh dengan penerjun lain dari seluruh dunia.

"Perancangannya adalah setiap acara akan ada jurulatih tersendiri tetapi peruntukan bajet tidak memadai untuk melaksanakannya," kata Bryan Nickson Lomas menerusi Nadi Arena.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video