Skip to main content

Sukan Asia

Angkat berat: Mubin huni tangga ketujuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mubin7418.jpg
Hari ketiga acara angkat berat Sukan Komanwel Gold Coast 2018 menyaksikan wakil tunggal negara yang beraksi hari ini, Abdul Mubin Tahim, gagal menyerlah dengan sekadar mengisi kedudukan keenam kategori 77 kilogram.

Mubin memulakan saingan kategori 77kg dengan angkatan 130kg bagi angkatan pertama snatch.

Namun, usahanya untuk melakukan angkatan seberat 133kg dalam percubaan kedua dan ketiga gagal.

Biarpun gagal, namun dia berada kedudukan kedua selepas acara snatch.

Angkatan 160kg dalam saingan clean and jerk dimulakan dengan baik.

Sayangnya, dua kali percubaan berikutnya menerusi angkatan 165kg memaksanya akur menamatkan saingan di kedudukan keenam dengan jumlah angkatan keseluruhan 290kg.

Emas milik atlet India, Satish Kumar Shivalingam dengan angkatan 313kg keseluruhan sementara pingat perak milik Jack Oliver dari England.

Advertisement

Must Watch Video