Skip to main content

Para ASEAN

Angkat berat: Ma Hussein terkilan di sebalik kejayaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ma-hussein-mat-noh-200917.jpg
Atlet angkat berat para negara, Ma Hussein Mat Noh, mendedikasikan pingat perak Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dimenanginya dalam kategori M80 hari ini kepada arwah bapanya yang meninggal dunia pada 21 Ogos lalu.

Bapanya, Mat Noh Hussin, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada umur 77 tahun.

Ma Hussein mengakui sedikit terkilan tidak dapat melakukannya di hadapan arwah bapanya itu selain impian membawanya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji juga tidak kesampaian.

"Sebenarnya, pingat ini untuk arwah ayah saya yang meninggal dunia tidak sampai sebulan yang lalu. 

"Saya berazam untuk mendapat emas tetapi Alhamdulillah memenangi perak di sebalik kecederaan. 

"Niat saya untuk menghantar ayah menunaikan haji tetapi dia pergi dahulu, tuhan lebih menyayanginya," ujar atlet dari Kelantan itu. 

Ma Hussein meraih perak selepas melakukan angkatan terberatnya, iaitu 135 kilogram, namun tewas kepada atlet Thailand, Kampa Pongtao, yang meraih angkatan 165 kilogram.

Advertisement

Must Watch Video