Skip to main content

Sukan Lain

Angkat Berat Dunia: Aniq cemerlang ungguli kelayakan Sukan Komanwel 2022

aniq-kasdan.jpg
Di sebalik reputasi skuad angkat berat terus diragui apabila masih dibelenggu isu doping baru-baru ini, kem negara masih mampu menawarkan senyuman apabila Mohamad Aniq Kasdan, bawa pulang pingat perak Kejohanan Dunia 2021 menerusi kategori 55kg di Uzbekistan. 

Dia yang menyerlah melalui Kejohanan Kebangsaan, Oktober lalu, mencipta rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan berjumlah 249kg dengan 107kg daripada kategori snatch sementara clean & jerk, 142kg.

Dia secara tidak langsung meraih emas bagi kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung serentak . 

Ia juga merupakan pencapaian terbaik kem negara dalam edisi dunia. 

"Saya hadiahkan pingat ini kepada semua yang menyokong saya seperti ibu bapa dan rakan-rakan. Alhamdulillah," katanya. 

Malaysia masih mempunyai dua wakil apabila mempertaruhkan Aznil Bidin yang akan bertanding dalam kategori 61kg (esok) sementara Erry Hidayat menerusi 73kg (Jumaat ini). 



 

Advertisement

Must Watch Video