Skip to main content

Sukan Lain

Angkat Berat: Aniq gembira tersenarai ke tiga temasya utama tahun depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aniq-kasdan.jpg
Atlet Angkat Berat Negara, Aniq Kasdan, bersyukur apabila disenaraikan untuk mewakili negara dalam tiga temasya sukan utama tahun depan.

Jaguh muda negara berusia 19 tahun itu meraih pingat emas kategori 55 kilogram dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel, sekali gus meraih pingat perak clean and jerk dan tempat kelima keseluruhan Kejohanan Angkat Berat Dunia di Tashkent, Uzbekistan awal bulan ini.

Dia kini akan menjadi sandaran negara untuk meraih pingat dalam Sukan SEA Hanoi pada Mei depan, Sukan Komanwel Birmingham pada Julai depan, dan  Sukan Asia Hangzhao pada September 2022.

Mengulas mengenai pemilihannya untuk ke tiga temasya sukan itu, Aniq berkata kepada Nadi Arena: "Saya ingin mendapatkan pingat dalam Sukan SEA kali ini kerana dalam edisi sebelumnya, saya menduduki tempat kelima.

"Dan saya juga akan berusaha untuk mendapatkan pingat dalam Sukan Komanwel kerana ia merupakan penampilan pertama saya, jadi saya akan buat yang terbaik.

"Peluang saya untuk mencapai sasaran itu berada sekitar 80 hingga 90 peratus kerana berdasarkan daripada segi ranking dan jumlah angkatan yang saya lihat dan kaji sendiri, saya berpeluang untuk mendapatkan pingat dalam Sukan SEA dan Sukan Komanwel tahun depan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video