TENIS
Anderson bangga mara ke final Terbuka AS
Kevin Anderson mengambil banyak perkara positif selepas berjaya menempah slot ke final Terbuka AS sebelum tewas kepada Rafael Nadal.
Pemain kelahiran Afrika Selatan itu ternyata tidak mampu bersaing dengan Nadal dalam aksi final di Stadium Arthur Ashe apabila mengalami kekalahan 6-3, 6-3, 6-4 dalam aksi final grand slam pertama dalam kariernya.
Anderson, yang sering dibelenggu kecederaan, mengucapkan tahniah kepada Nadal di atas kemenangannya ini tetapi gembira dengan pencapaiannya.
Iklan
"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Nadal," katanya.
"Saya mengetahui kami sebaya tetapi saya berasakan melihat anda beraksi sepanjang hayat saya, anda adalah idola saya.
"Beraksi dalam Terbuka AS merupakan satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Saya akan berusaha untuk mempamerkan aksi yang lebih baik pada masa akan datang."
Must-Watch Video