Dalam kekalutan khabar angin penstrukturan semula kabinet kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh nampaknya masih tenang namun sudah menyediakan perancangan awal untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.
Meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PMX setakat ini, Hannah sudah memberikan fokus dalam memastikan segala perancangan yang sudah digarap sebelum ini terutamanya membabitkan Program Road To Gold berjalan seperti yang dimahukan.
Dalam hantaran di Twitter beliau, Hannah berharap agar progaram RTG yang ditubuhkan bagi menyempurnakan misi memburu pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik mampu bertahan
sekalipun berlaku perubahan dalam hirarki kepimpinan tertinggi sukan negara itu.
"RTG telah ditubuhkan untuk bertahan dengan perubahan kepimpinan mendadak dalam KBS atau MOM dengan mempunyai 2 pengerusi bersama. Dengan yang demikian, saya berharap pengerusi bersama saya iaitu Tan Sri Norza akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk berundur sebagai Presidenn @BA_Malaysia akhir tahun ini." Jelasnya dalam kenyataan tersebut.
(1) RTG has been set up to survive abrupt leadership changes in KBS or MOM by having 2 co-chairs. Having said that, I do hope my co-chair Tan Sri Norza will reconsider his decision to step down as @BA_Malaysia president end of this year. https://t.co/90CRi1Amwp
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) December 12, 2023