Skip to main content

Bola Keranjang

Ancaman pasukan lawan tidak hirau misi utama NS Matrix Deers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ns.jpg
Negeri Sembilan (NS) Matrix Deers bakal berhadapan cabaran getir apabila kehadiran dua pendatang baru dalam Kumpulan A menjadi amaran awal menjelang Liga Juara-Juara Bola Keranjang Asia Timur (BCLA).

Naib juara Liga Perdana Asia (Timur) 2025, Taoyuan Pilots, turut berpotensi memberi tamparan hebat kepada skuad NS Matrix Deers.

Sang Rusa yang menamatkan saingan di pusingan kedua BCLA musim lalu perlu memperhalusi semula taktikal setiap perlawanan tanpa mengharapkan sebarang kelebihan daripada status lawan.

"Sebenarnya, Taoyuan Pilots agak hebat.

"Tidak silap saya, mereka memiliki tiga tonggak import dibantu pemain tempatan yang berpengalaman.

"Kami berharap supaya bermain lebih efektif dan berdisiplin mematuhi arahan jurulatih," kata Maegen Mahadevan di Nadi Arena. 




Sementara itu, pemain tunggal negara yang pernah beraksi di luar negara, Chun Hong Ting, berdepan tekanan tertentu tatkala kurang memiliki minit permainan selepas berkelana bersama Black Bears di Macau, China.

Meskipun menjadi antara pemain utama di peringkat domestik, namun hakikat bermain di luar negara membuktikan status bintang tanah air itu tidak menjamin perkara sama.

"Saya selalu menjadi pemain utama.

"Apabila bermain di sana, saya kurang diberi perhatian," kata Chun Hong Ting.

Advertisement

Must Watch Video