Skip to main content

Sukan Lain

Amirul yakin atlet negara layak ke Sukan Komanwel

amirul.jpg
Menjelang saingan Kejohanan Dunia Angkat Berat yang bakal berlangsung Selasa depan, pengurus skuad angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim, yakin semangat anak buahnya tidak pernah padam.

Ketika sukan angkat berat negara terpalit dengan isu doping sehingga pembubaran skuad kebangsaan kepada penghijrahan ke Rompin sebagai pusat latihan rasmi pasukan.

Meskipun terpaksa menjalani latihan dalam serba kekurangan, semangat atlet angkat berat negara tidak pernah luntur dalam membawa Malaysia di pentas antarabangsa.

Selepas dua tahun tanpa aksi kompetitif, kejohanan dunia di Uzbekistan bakal menjadi medan sulung buat skuad kebangsaan memungut mata bagi melayakkan diri ke Sukan Komanwel 2022.

Malaysia sekurang-kurangnya perlu menamatkan saingan di ranking ketiga jika berhasrat untuk layak ke Birmingham secara merit.

Untuk rekod, sukan angkat berat menyumbang dua pingat emas menerusi Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Aznil Bidin dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 manakala satu gangsa menerusi sumbangan Erry Hidayat.

"Kami berharap atlet dapat bersabar dengan apa yang berlaku, ini merupakan satu cabaran bertempat di Rompin jauh berbeza berbanding di Majlis Sukan Negara. Kami berharap setiap persiapan dilakukan berhasil dan layak ke pentas Sukan Komanwel," kata Amirul.

Advertisement

Must Watch Video