Skip to main content

Sukan Lain

Alia Sazana rangkul emas, pecah rekod Asia acara 25m pistol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tembak.jpg
Penembak negara, Alia Sazana Azahari, mencipta sensasi apabila memecahkan ekod Asia menerusi acara 25m Pistol Wanita dalam Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 untuk membawa pulang pingat emas di Bangkok, Thailand, semalam.

Alia melakukan bidikan 44 hit daripada 50 sasaran sekali gus memadam rekod terdahulu yang pernah dicipta atlet dari dari Korea Selatan, Yang Jiin, dengan 41 hit dalam saingan edisi lalu di Jakarta.






Dia menewaskan pencabar terdekat dari Korea Selatan, Lee Siyoon (32 Hit), yang sekadar membawa pulang perak dan Teh Xiu Yi (28 Hit) dari Singapura dengan gangsa.

Selain Alia, Nurul Syasya Nadiah turut menyumbangkan pingat emas dalam acara 10m air pistol selepas meraih kutipan 239.3 mata sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video