Skip to main content

Sukan Lain

AJNA kembali nobatkan atlet terbaik pilihan Nadi Arena

ajna.jpg
Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) kembali bagi edisi kedua bagi menobatkan atlet terbaik tahunan pilihan Nadi Arena.

AJNA diputuskan berdasarkan pencapaian tertinggi atlet negara di peringkat antarabangsa.

Sepuluh calon terbaik akan dipilih berdasarkan kriteria itu dan jumlah itu akan dikecilkan kepada lima finalis yang akan dipilih Jawatankuasa Pemilihan AJNA, Rabu depan.

Lima finalis itu pula akan melalui sesi undian daripada peminat sukan tempatan dan badan induk sukan negara menerusi laman web stadiumastro bagi memilih pemenang edisi 2018.

Edisi 2017 menyaksikan penerjun negara, Cheong Jun Hoong, diundi selaku pemenang sulung AJNA.

Dengan 42.9 peratus undian, Jun Hoong menewaskan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, yang meraih tempat kedua dengan 32.5 peratus undian manakala atlet boling tenpin, Shalin Zulkifli, mengumpul 10.2 peratus undian di tangga ketiga.

Sepuluh atlet pilihan AJNA 2018 sudah disenaraikan dan undian lima calon terbaik pula akan berjalan dari 14 hingga 18 Januari ini.

Pengumuman pemenang dan majlis penyampaian trofi akan dilangsungkan dalam program Nadi@1 sehari selepas itu.

Bagi mengikuti perkembangan AJNA, saksikan Nadi Arena setiap hari pada jam 1 tengah hari, 5.30 petang, 7.30 malam dan 11 malam di saluran Astro Arena

10 calon AJNA 2018:

1) Siti Zalina Ahmad & Emma Firyana Saroji (Boling Padang)
2) Abdul Latif Romly (Olahraga Para)
3) Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan
4) Syarul Azman Mahen Abdullah (Bina Badan)
5) Goh Jin Wei (Badminton)
6) Azizulhasni Awang (Berbasikal Trek)
7) Hafizh Syahrin Abdullah (Permotoran)
8) Regu Sepak Takraw Lelaki Kebangsaan
9) Ridzuan Puzi (Olahraga Para)
10) Rafiq Ismail (Boling Tenpin)

Advertisement

Must Watch Video