Segalanya bermula apabila pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, menjuarai Kejohanan Remaja Dunia di Lima, Peru empat tahun lalu sebelum memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Namun, tahun 2018 jelas menjadi medan buat Jin Wei untuk terus cemerlang mengorak langkah di arena antarabangsa apabila meraih emas di pentas Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, Oktober lalu.
Kecemerlangan itu diteruskan apabila dia mengesahkan status juara remaja dunia buat kali kedua susulan kejayaan mengungguli Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada sebulan kemudian.
Justeru, aksi hebat Jin Wei semestinya menjadi kebanggaan skuad badminton kebangsaan, terutama acara perseorangan wanita tatkala kelibat bintang lain seperti Soniia Cheah, Lee Ying Ying dan Ho Yen Mei masih belum memperlihatkan kejayaan besar.
Jadi, undilah Jin Wei untuk Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018!
Juga terdapat calon lain, iaitu Azizulhasni Awang (berbasikal trek), Rafiq Ismail (boling tenpin), Ridzuan Puzi (olahraga para) dan Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan).
Setakat ini, Rafiq dilihat berpeluang cerah untuk mengungguli AJNA edisi kedua apabila meraih undian sebanyak 37.8 peratus, disusuli Jin Wei (33 peratus), Syarul Azman (13.9 peratus), Ridzuan Puzi (9.2 peratus) serta Azizulhasni (6.1 peratus).
Ayuh, mulakan proses pemilihan anda dengan cara klik di sini.