Syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia, menjalin kerjasama bersama pasukan gol profesional, Ripper GC, yang bersaing dalam Liga Golf LIV.
Sebelum ini, AirAsia juga pernah menaja pasukan bola sepak dan memperkasa ekosistem e-sukan tanah air mahupun dunia.
"AirAsia telah lama terlibat dalam dunia sukan.
"Kami pernah bekerjasama dengan MotoGP, F1, UFC, serta beberapa kelab bola sepak.
"Sekarang, kami melihat kepada arus semasa.
"Semakin ramai, termasuk golongan muda, mula menceburi sukan golf.
"Namun, ramai yang menganggap golf adalah sukan elit dan sukar untuk diakses.
"Sebagai sebuah jenama, AirAsia sentiasa mahu mencabar norma dan melakukan sesuatu yang berbeza," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Brand Co, Rudy Khaw.
Misi dan visi AirAsia adalah untuk terus membangunkan komuniti sukan, khususnya di Malaysia.
AirAsia juga berhasrat untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada liga tempatan.
"Di Malaysia, kami telah bekerjasama dengan beberapa atlet sebelum ini.
"Baru-baru ini, kami membantu seorang pelari maraton, Haziq Hamzah, terbang ke Tokyo untuk menyertai Tokyo Marathon.
"Matlamatnya mudah, ia dapat memecahkan rekod peribadinya, dan dia berjaya.
"Bagi kami, itu adalah satu lagi kisah 'Dare to Dream' yang sebenar.
"Bukan soal peringkat tempatan, serantau, atau global, tetapi tentang impian dan perjuangan di sebaliknya."
"Jika ada atlet Malaysia yang benar-benar berusaha mengejar impian mereka, kami akan cuba menyokong mereka dalam apa jua cara."
"Matlamat kami juga tetap sama, menggalakkan lebih ramai individu untuk berani bermimpi dan mengejar kejayaan mereka," kata Rudy Khaw, ketua pengawai eksekutif Air Asia Brand CO.