Pandangan beberapa olimpian negara menjadi panduan dalam perbincangan hala tuju Persatuan Olimpian Malaysia (MOA) yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pada hari ini.
Presiden MOA, Noraseela Mohd Khalid, menegaskan pandangan serta input daripada mereka sememangnya penting dalam memastikan legasi sukan negara terus diperkasa.
Sebagai tanda penghargaan, MOA turut meraikan lapan olimpian yang pernah mengharumkan nama negara yang terdiri daripada V. Subramaniam, Farah Begum, Datuk Zaiton Othman, Datuk Sylvia Ng, Datuk Ng Joo Ngan, Khoo Chong Beng, Koo Boo Jin dan V. Selvam atas sumbangan besar mereka sepanjang bergelar atlet negara.
"Kami menghargai kehadiran bekas atlet terbaik sejak 1966 hingga 1988 tetapi hanya enam daripada hadir pada mereka.
"Kami sangat bangga dan menghargai kehadiran mereka," katanya.