HOKI
AGM KLHA: Megat Shahriman nafi sekerasnya dakwaan pemalsuan dokumen
Presiden Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur (HOCKACADEMY), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) esok.
Terdahulu, agenda utama AGM iaitu pemilihan jawatankuasa eksekutif menyaksikan penyandang presiden, I. Vikneswaran, membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
"Untuk makluman, tuduhan mengenai pemalsuan dokumen adalah tidak benar dan kami menyangkal sekerasnya," katanya.
Iklan
Megat dalam masa sama turut menegaskan bahawa kelab Kuala Lumpur (KL) Social dan Kelab Sukan Felda merupakan sebuah entiti yang wujud lebih daripada 20 tahun dan membayar yuran tahunan.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) itu juga menjelaskan Datuk Micheal Wong adalah individu yang tidak sah dijadikan sebagai pengerusi AGM kerana sudah melanggar perlembagaan persatuan yang menetapkan pengerusi hanya presiden KLHA.
Megat juga mempersoalkan nama calon (Reginald Allan Netto) yang sudah menarik diri pada 20 Disember 2024 daripada bertanding tetapi masih menggunakan namanya selepas 37 hari daripada tarikh itu.
"Kami di sini sentiasa mengikut segala peraturan dan undang-undang, sentiasa memegang tinggi pengurusan tadbir urus yang telus," tambahnya.
Must-Watch Video