Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Pahang (PSTNP), Datuk Abu Jimi Samat, mengesahkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi penggal 2025-2028 menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.
Tindakan drastik itu diambil atas dasar semangat kekeluargaan sesama rakan seperjuangan bagi memberikan laluan buat timbalan presiden sedia ada iaitu Datuk Abdul Halim Suleiman dan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan untuk mempertahankan jawatan tersebut.
"Apabila saya menghubungi presiden sedia ada, mereka mahu memaklumkan masih mahu mempertahankan jawatan.
"Jadi saya tidak nak bertanding jawatan presiden (demi) beri laluan kepada kawan-kawan yang bersama ketika PSM kembali diaktifkan setelah hampir dikuburkan.
"Kami menghargai hubungan ini dan mereka bolehlah menjalankan tugas dengan baik.
"Saya bercadang untuk bertanding sekiranya mereka tidak mahu mempertahankan jawatan.
"Jadi saya hanya hantar borang untuk bertanding bagi mempertahankan jawatan sebagai naib presiden," katanya.
Antara calon tumpuan lain bagi mengisi tiga kerusi naib presiden PSM terdiri daripada Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, Wan Mohd Husni Abdullah serta Datuk Ahmad Zaffry Suleiman.
"Kalau untuk mempertahankan jawatan ini tidaklah susah sangat. Saya memilih untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni.
"Permulaan yang baik (PSM) menandakan bahawa sebahagian kerja sudah selesai.
"Saya ingin pertahankan jawatan ini kerana ingin selesaikan kerja yang telah dimulakan bersama dengan barisan PSM yang baru ini," katanya.