TINJU
Adli Goldenboy sedia mulakan musim 2025 dengan kemenangan
Petinju negara, Adli Hafidz, akan memulakan kempen 2025 dengan menyertai Kejohanan ABF menentang tuan rumah, Farsiah Sanwabg, yang memegang rekod 21 kemenangan di Bangkok, Thailand 20 Februari ini.
Adli dijadualkan berlepas ke Bangkok pada 18 Februari dan bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan pembukaan tahun 2025 ini.
“Ini adalah sasaran pertama saya sebelum meneruskan perlawanan seterusnya di Kuala Lumpur.
Iklan
“Saya berharap peminat sukan tinju akan memberikan sokongan penuh,” kata Adli.
Persiapan berjalan lancar dengan sokongan penuh daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Petinju negara, Adli Hafidz bakal memulakan kempen 2025 dengan Kejohanan ABF pada 20 Februari ini jadi yang pertama buatnya tahun ini!Lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam!@ASTROARENA pic.twitter.com/A5oTwJLrKQ— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 31, 2025
Adli atau lebih dikenali Goldenboy turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Farkhan Haron yang akan beraksi dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) pada 16 Februari ini.
Dia yakin kemenangan Farkhan akan menjadi inspirasi untuk terus memajukan sukan tinju di Malaysia.
“Saya lihat Farkhan menjalani latihan intensif bersama petinju-petinju lain di Johor, dan saya akan memastikan dia memberikan persembahan terbaik kerana ini adalah perlawanan terakhirnya.
“Saya berharap rakyat Johor dan Malaysia akan memberikan sokongan penuh kepada Farkhan,” kata Adli.
Adli juga menyatakan, “Pada saya, Farkhan adalah salah satu strategi terbaik dalam tinju Malaysia.”
“Pada masa sama, dia memainkan peranan penting dalam memajukan sukan tinju di negara kita.”
Must-Watch Video