Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim gagal dalam percubaannya merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya apabila tewas kepada pencabarnya, Zamzizul Nordin.
Beliau hanya mampu meraih 791 undi berbanding Zamzizul yang mendapat 1,905 undi.
Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Cabang Hang Tuah Jaya turut menyaksikan Lee Kah Kim memenangi jawatan Naib Ketua apabila memperoleh 2,064 undi, manakala pencabarnya, David Ong Wai Leong mendapat 646 undi.
Sebelum ini, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, menang Ketua Cabang Hang Tuah Jaya menewaskan penyandang Mohd Rafee Ibrahim.
Shamsul Iskandar yang merupakan bekas Naib Presiden PKR menang dengan 1,995 undi menewaskan Mohd Rafee yang memperoleh 736 undi.
Mengikut data rasmi, PKR cabang Hang Tuah Jaya mempunyai seramai 3,558 ahli yang layak mengundi.-Awani