'Kesakitan masih terasa tapi saya tetap mahu kejar ranking 10 terbaik dunia' -- Olimpian negara, Shah Firdaus Sahrom, mengakui kondisinya tidak di tahap terbaik biarpun kecederaan lutut kanan yang dialami sudah memasuki proses pemulihan minggu ketiga.
Rasa kecewa gagal dibendung Shah Firdaus, namun anak jati Selangor itu menegaskan, dia tidak sesekali menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) kali ini seandainya ia sekadar melengkap jadual.
Apatah lagi Shah Firdaus dalam usaha mengejar kedudukan 10 terbaik dunia dengan ranking terkininya di tangga ke-14 dunia.
"Saya mahu berusaha mengekalkan kedudukan dalam ranking 10 terbaik dunia. Satu langkah demi satu langkah, saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk melangkah ke final terlebih dahulu.
"Saya cuba untuk melakukan sesuatu dalam saingan kali ini. Buat masa ini, kecederaan yang dialami agak memberikan risiko jika beraksi dalam acara pecut namun saya tetap positif bagi saingan kali ini."
Hari ini keputusan MRI (Magnetic Resonance Imaging) mengesahkan pelumba negara itu mengalami kecederaan tendon medial quadriceps yang menuntutnya melalui proses pemulihan khas, sebelum memulakan latihan bagi persediaan ACC yang akan membuka tirai pada Jumaat ini.
Dua tahun lalu, The Pocket Rocket Man, Datuk Azizulhasni Awang, mengungguli podium utama keirin lelaki selepas menewaskan pencabar dari Jepun, Kaiya Ota di Velodrom Nilai.