BERBASIKAL

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena

Stadium Astro
Saufi Tahir
22/02/2025
14:39 MYT
Sponsor Banner
ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang, berkongsi perasaannya memulakan debut pertama selaku pengulas sukan bersama Astro Arena di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai.
Dia turut mengakui ia merupakan perasaan berbeza buat dirinya ketika beraksi sebagai seorang atlet dan beraksi di dalam trek bersanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.
Dengarkan ulasan legenda berbasikal trek negara itu sepanjang berlangsungnya perlumbaan ACC 2025 secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 bermula jam 9.00 pagi.
"Jadi pelumba lagi senang, jadi pengulas bukan tugas yang mudah. Terima kasih Haji Zainal, banyak tunjuk ajar yang diberikan dan terima kasih kepada pihak Astro yang memberikan peluang selaku pengulas.
"Ini merupakan debut pertama saya dan di perlumbaan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025. Pertama perlu dapatkan keserasian dengan rakan pengulas, kerana Haji Zainal seorang legenda, dia tahu mencari kesesuaian, bukan mudah.
"Kedua perludapatkan antonasi semasa perlumbaan berlangsung, ketiga adalah idea (sebagai pengulas) semasa perlumbaan berlangsung. Daripada bangku penonton saksikan pelumba berlumba dan kemalangan cukup berbeza." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video