Memasuki hari terakhir persiapan sebelum Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan, Ridwan Sahrom, mengambil pendekatan untuk tidak memandang rendah lawan dari negara-negara lain yang akan dihadapinya kali ini.
Bermula dengan saingan pecut berpasukan pada esok, Ridwan berharap dia dan rakan sepasukan mampu membuka saingan dengan langkah kanan.
"Pihak lawan adalah Jepun, China dan Kazakhstan, India dan Korea Selatan juga memberi saingan hebat. Kami perlu memandang kehadapan dalam setiap pusingan dan berharap dalam melakar keputusan positif dalam hari pembukaan esok," katanya.
Dalam pada itu, rakan sepasukannya, Fadhil Mohd Zonis, berharap persaingan sihat antara kesemua pelumba elit skuad negara dapat diterjemahkan dengan keputusan positif.
Lebih-lebih lagi dengan misi acara pecut berpasukan lelaki untuk menaik taraf pingat menjadi emas dalam edisi kali ini.
"Persaingan sangat sihat, kami sukakan persaingan begini agar saya yang senior ini tidak berasa selesa. Ini yang membuat saya dan pasukan menjadi lebih baik dari masa ke semasa." tambahnya.