Skip to main content

Sukan Lain

ACC 2019: Fatehah gagal tempah slot ke Kejohanan Dunia

fatehah.jpg
Nasib malang terus merundung atlet berbasikal wanita negara, Fatehah Mustapa, yang tenggelam dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2019 di Jakarta, Indonesia, minggu lalu.

Beraksi dalam saingan sulung tahun ini dengan azam memadam igauan 2018, Fatehah gagal mencipta kebangkitan dalam misi memburu tiket ke Kejohanan Dunia, bulan depan.
 
Kayuhan longlai apabila sekadar menduduki tempat kelapan acara keirin di Velodrom Antarabangsa Jakarta menyaksikannya gagal menempatkan diri dalam kalangan 24 pelumba terbaik untuk ke Kejohanan Dunia.

"Saya agak terkilan dengan pencapaian semasa. Bagaimanapun, saya perlu melihat ke hadapan dan memperbaiki persembahan untuk kejohanan akan datang," katanya.

Skuad berbasikal negara tiba di tanah air semalam, dengan Fatehah bagaimanapun masih mengharapkan program latihan lebih baik dalam memastikan peluang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tercapai. 

"Saya perlu menyertai lebih banyak kejohanan dan berharap untuk mencapai tahap terbaik ketika beraksi dalam kejohanan kelayakan Olimpik pada Oktober nanti."

Advertisement

Must Watch Video