Skip to main content

Para ASEAN

Abu Samah yakin mampu tuai emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-samah.jpg
Pemain harapan dalam skuad tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan, melaungkan keyakinan mampu menyumbang emas dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

Keyakinan Abu Samah berlandaskan persiapan yang sudah dirangka pengendali skuad negara, Mohd Nadir Mohd Ashraf.

Kelebihan di laman sendiri juga memberi lebih keyakinan buat Abu Samah menggalas cabaran negara kali ini.

Skuad tenis menyasarkan dua emas dalam temasya kali ini menerusi acara perseorangan terbuka dan quad.

"Persiapan telah dilakukan dari beberapa bulan yang lepas. Kami juga telah membiasakan diri dengan keadaan di stadium di samping memperbaiki kelemahan daripada aspek teknikal. 

"Tinggal lagi kami cuma mahu beraksi sahaja," ujar Abu Samah.
 

Advertisement

Must Watch Video