Persatuan Gusti Lengan Sabah (SAWA) akan menghantar 16 atletnya untuk bersaing dalam Kejohanan Gusti Lengan Amal Antarabangsa Ke-3, Piala Perdana 101: Rise of Southeast Asia di Kuching, Sarawak, bermula Jumaat ini.
Ketua kontinjen SAWA, Jolly Johnson, berkata daripada 16 atlet itu, sembilan akan menyertai kategori profesional manakala tujuh lagi bersaing bagi kategori amatur.
"Kami tidak meletakkan apa-apa sasaran tetapi kami harap mereka yang membawa cabaran ini akan melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama negeri," katanya yang juga Timbalan Presiden SAWA.
Jolly akan mengetuai cabaran Sabah untuk bertanding dalam kategori profesional (75-85kg). Anak lelakinya, Joffey, yang juga antara jaguh gusti lengan di negara ini, akan menyertai kategori bawah 75kg (tangan kanan dan kiri).
Lain-lain peserta ialah Raymond Wong yang akan menyertai kategori sama seperti Joffey manakala Calveen Petrus, Esmond Ampilah dan George Johnson akan bersaing bagi kategori 85kg ke atas.
Dua lagi atlet lelaki, iaitu Jivander Lonni akan bertanding dalam kategori 75-85kg manakala Johnie James akan berentap di kategori 80kg (tangan kanan dan kiri).
Dalam pada itu, atlet gusti lengan harapan Sabah, Sandra Majanan, akan bertanding dalam kategori terbuka wanita.
Lain-lain atlet dari Sabah ialah yang bertanding dalam kategori amatur, iaitu Weaver Sidion, Nickelson Rony dan Artobelly Eva.