Skip to main content

Bola Jaring

150 peserta meriahkan Klinik NSL 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klinik-nsl-2025.jpg
Klinik Netball Super League (NSL) menemui peminat di Stadium Juara Bukit Kiara, yang menyaksikan penyertaan pelajar sekolah termasuk berkampung di situ bagi menonton perlawanan minggu ketiga pada sebelah petang.  

Sejumlah 150 peserta hadir dengan misi yang sama iaitu ingin menjadi atlet kebangsaan satu hari nanti.

Penganjuran kali ketiga klinik NSL ini selepas di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan di Iskandar Puteri, Johor dimeriahkan dengan pembabitan wakil pelajar sekolah antarabangsa dari Pulau Pinang.

Pelbagai latihan berintensiti menjadi modul kendiri yang dipraktikan kepada peserta bertujuan merasai pengalaman sebenar di bawah bimbingan jurulatih profesional.
 

Advertisement

Must Watch Video