Skip to main content

Badminton

Zii Jia akan hadapi tiga kejohanan sebulan

lee-zii-jia.jpg
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, sudah bersedia daripada aspek fizikal dan mental bagi menempuhi musim 2019.

Dia akan menghadapi tiga kejohanan dalam tempoh sebulan.

Selain Masters Thailand yang menjadi pembuka kalendar kejohanan musim ini, Zii Jia akan turut diuji dalam Masters Malaysia dan Masters Indonesia sepanjang bulan ini.

Penyertaan bintang dunia seperti Kento Momota dan Viktor Axelsen, sedikit-sebanyak memberi tekanan kepadanya, namun dia tetap berfikiran positif untuk menampilkan aksi cemerlang dan memperbaiki kedudukan ranking dunia dalam ketiga-tiga kejohanan itu.

Suntikan semangat yang sentiasa diberikan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, menjadi azimat terbesar buat pemain muda itu mengharungi cabaran yang akan dilaluinya.

"Saya melalui latihan tambahan untuk menghadapi saingan sepanjang bulan ini.

"Saya menjalani latihan sebanyak dua sesi sehari.

"Latihan sebelah pagi akan bermula dari 5.30 hingga 10 pagi.

"Latihan sebelah petang pula berlangsung dari 2.30 hingga 5 petang.

"Saya perlu memulakan latihan lebih awal berbanding pemain lain," katanya.

Zii Jia turut melaungkan sasaran untuk mengisi kelompok 20 pemain terbaik dunia selepas menamatkan musim lalu di tangga ke-41.

"Saya berharap untuk menyertai kelompok 20 pemain terbaik dunia menjelang penghujung tahun ini.

"Saya menganggap itu sebagai cabaran untuk diri saya.

"Jika berjaya, laluan saya untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin cerah," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video