Impian beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetap membara buat beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.
Keputusan bergelar pemain profesional diambil selepas menyedari waktu mereka dalam kem kebangsaan sudah berakhir.
V Shem dan Wee Kiong menghadiahkan kejutan tahun baru apabila mengumumkan pengunduran daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas hampir 17 tahun.
Sehingga hari ini, mereka terus gagal mengembalikan prestasi sebenar yang pernah menyaksikan kedua-duanya bergelar pasangan nombor satu dunia.
Pernah dipisahkan seketika, V Shem akur dasar baru BAM memandang kepada pemain muda tidak lagi sesuai dengan keperluan mereka.
"Keputusan untuk keluar daripada BAM tidak bermakna kami sudah berputus asa tetapi kekal bersaing untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya.
Waktu pengunduran mereka yang begitu hampir dengan pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mencetus persoalan terhadap kepimpinan BAM.
Tetapi V Shem menegaskan tiada unsur sepakat antara pemain senior untuk angkat kaki daripada badan induk itu.
"Kami tidak berpakat untuk keluar daripada BAM bersama-sama pemain lain, tiada perbincangan yang berlaku dalam mengambil keputusan ini," jelasnya.