Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, terpaksa melupakan keterujaan untuk menyertai upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam ini.
Walaupun ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik, Mei Kuan-Meng Yean lebih senang dengan pilihan untuk mendapatkan rehat yang cukup menjelang pertemuan dengan wakil Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, esok pagi.
Reputasi pencabar dari Indonesia yang menduduki ranking keenam dunia itu tercalar selepas tersungkur dua kali kepada beregu negara sebelum ini.
"Saya akan menghadapi perlawanan pada pagi esok, tapi saya tetap teruja untuk mengikuti upacara pembukaan rasmi ini melalui televisyen.
"Kami pernah menang dua kali ke atas Greysia Polii-Apriyani Rahayu. Pertarungan lalu memberikan kami keyakinan tapi kami perlu berwaspada.
"Mereka pasti akan tingkatkan persiapan, kami pula sudah 100 peratus bersiap," kata Mei Kuan.