Skip to main content

Badminton

Toh Ee Wei tidak melatah dengan kritikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toh-ee-wei_1.jpg
Juara dunia beregu campuran 2025, Toh Ee Wei, kekal merendah diri dan tidak melatah dengan kritikan netizen dalam media sosial.

Ee Wei sudah menjadi asam garam kehidupan sebagai atlet yang berdepan prestasi naik dan turun. 

Fokus utamanya ketika ini adalah untuk terus memperbaiki diri dan menunjukkan prestasi terbaik di atas gelanggang.


"Yang penting kekal rendah diri serta fokus kepada latihan dan usaha yang dilakukan," katanya. 

Ee Wei kini memberi tumpuan penuh terhadap persiapan rapi bagi memburu pingat emas yang disasarkan barisan kejurulatihan dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Dalam masa yang sama, dia turut bertekad mengubah kilauan pingat dalam Jelajah Akhir BWF 2025, selepas kejayaan perak edisi lalu. 

"Bergantung kepada keadaan Chen Tan Jie. Kami perlu pertimbangkan soal masa depan.

"Kami perlu turuti perancangan jurulatih dan situasi Tang Jie.

"Memang kami diletakkan misi untuk pastikan kejuaraan tapi kami tidak mahu terlalu menekan diri sendiri. 

"Tidak semua kejohanan mampu kami menang. Kalau ada rezeki, kami akan dapat (menang)," katanya. 


Ee Wei sudah menjadi asam garam kehidupan sebagai atlet yang berdepan prestasi naik dan turun. 

Fokus utamanya ketika ini adalah untuk terus memperbaiki diri dan menunjukkan prestasi terbaik di atas gelanggang.

Ee Wei kini memberi tumpuan penuh terhadap persiapan rapi bagi memburu pingat emas yang disasarkan barisan kejurulatihan dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Dalam masa yang sama, dia turut bertekad mengubah kilauan pingat dalam Jelajah Akhir BWF 2025, selepas kejayaan perak edisi lalu. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video