Skip to main content

Badminton

Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahsansetiawan.jpg
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton selepas mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini.

Pemenang kejuaraan dunia 2019 di Basel itu mengakhiri perjalanan di tempat sendiri susulan tewas straight set kepada pasangan muda negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, sebentar tadi.

Sebelum ini, pengumuman itu dibuat menerusi perkongsiannya di Instagram sambil menjelaskan kejohanan bertaraf super 500 itu sebagai aksi terakhirnya. 

 

Johan Piala Thomas 2020 itu juga merekodkan pelbagai pencapaian menakjubkan selain pernah menjadi gandingan yang digeruni dunia.

Selaku penghormatan terakhir, peminat tempatan memberikan tepukan gemuruh buatnya atas kejayaan dan memori terbaik dicipta sepanjang karier mereka.

Terima kasih The Daddies!

Advertisement

Must Watch Video