BADMINTON
Terkini Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke final, Aaron Chia-Wooi Yik tersungkur
Beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meneruskan kemaraan ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 selepas menewakan wakil tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, di New Delhi, sebentar tadi.
Wakil negara hanya memerlukan 38 minit untuk menempah slot ke pentas final selepas menang dalam aksi straight set 21-18,21-14.
Sze Fei-Nur Izzuddin beraksi dalam momentum terbaik di set pertama walaupun menerima cabaran sengit daripada anak buah Tan Kim Her untuk menang 21-18 dalam tempoh 19 minit.
Iklan
RESULTS: #YONEXSunriseIndiaOpen2025MD | SF#MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 3️⃣ def. #IND🇮🇳 S Rankireddy-C Shetty 7️⃣ 21-18 21-14⏱️38m#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/JbqtDhZlX7— BAM (@BA_Malaysia) January 18, 2025
Wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu agresif menyerang dalam awal set kedua untuk mendahului 5-0, namun kembali terikat 10-10 apabila lawan di ranking kesembilan dunia itu kembali memperkemaskan corak perlawanan mereka.
Begitupun, Sze Fei-Nur Izzuddin, kembali dengan aksi yang lebih menyakinkan muncul sebagai wakil tunggal negara mara ke pentas akhir dengan kemenangan 21-14.
Kemenangan itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung-Jae, di final esok.
RESULTS: #YONEXSunriseIndiaOpen2025MD | QF#KOR🇰🇷 Kim Won Ho-Seo Seung Jae def.#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik 5️⃣ 22-20 21-19⏱️42m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/b7omvsRMpZ— BAM (@BA_Malaysia) January 18, 2025
Dalam pada itu, satu lagi wakil beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terkandas dalam pusingan separuh akhir selepas ditewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung-Jae, dalam aksi straight set, 20-22, 19-21.
Must-Watch Video