Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil langkah proaktif terhadap pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Selepas mengambil maklum rungutan reka bentuk dan motif harimau yang tidak menyerlah, corak belakang harimau yang lebih garang akan dipakaikan dalam temasya yang bermula 26 Julai depan itu, sekali gus melambangkan semangat harimau yang sudah menjadi identiti kontinjen Malaysia sejak ia diperkenalkan dalam Sukan SEA Manila 2005.




MOm juga mengekalkan corak dan motif yang sama untuk kameja T berkolar yang berwarna emas dengan lakaran logo MOM yang melambangkan warna Jalur Gemilang.

Malah, Yonex Sunrise Malaysia selaku penaja memberi kebenaran logo mereka tidak dipaparkan untuk kedua-dua pakaian rasmi ini selain memberi keizinan khas untuk mencetak dan mengeluarkan jaket di dengan fabrik pengilang berbeza atas faktor masa.