Skip to main content

Badminton

Terbuka Switzerland: Dua wakil negara akhiri saingan sebagai naib juara

goh-sze-fei-nur-izzuddin-badminton-malaysia.jpg
Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan Terbuka Switzerland tanpa kejuaraan apabila dua wakil negara tewas dalam aksi final sebentar tadi.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, turun terlebih dahulu menemui jalan buntu apabila gagal melakar kebangkitan selepas tewas 18-21, 19-21 kepada wakil Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Seterusnya wakil beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, gagal mengekang kebangkitan wakil Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Lohau, selepas tewas 21-12, 18-21, 17-21.



 

Advertisement

Must Watch Video