Wakil tunggal negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, hanya selangkah dari menamatkan badi kejuaraan hampir dua dekad di Terbuka Singapura!
Beregu lelaki utama Malaysia itu mengatasi lawan dari India untuk menempah slot di final bertemu gandingan Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Kim Won-ho.
Berdepan Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty, beregu Malaysia mempunyai rekod pertemuan lebih ampuh, dengan sembilan kemenangan daripada 12 aksi.
Di set pertama separuh akhir yang berlangsung di Kota Singa itu, Rankireddy-Shetty yang bermula lebih garang untuk menguasai gelanggang dan mendahului permainan.
Aaron-Wooi Yik cuba mengejar permainan dengan asakan demi asakan terhadap lawan, tapi kesilapan dari Wooi Yik menyaksikan lawan menang set pertama 21-19.
Kembali di set kedua, Aaron-Wooi Yik akhirnya menemui momentum mereka untuk menguasai perlawanan.
Jurang besar dibuka ke atas lawan, dan meskipun Rankireddy-Shetty berjaya mengutip 10 mata, set ini kekal menjadi milik beregu Malaysia dengan kemenangan 21-10.
Aksi sengit menyusul di set penetnaun ketiga dengan kedua-dua pasangan memburu tiket lumayan ke final Terbuka Singapura.
Namun kemenangan hanya mampu dimiliki satu beregu sahaja dan selepas bertungkus-lumus di atas gelanggang, ternyata kejayaan memihak Aaron-Wooi Yik yang berjaya melakar kemenangan 21-18.