Bintang muda Jepun, Kodai Naraoka, melakar kejutan apabila menyingkirkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam saingan Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Zii Jia yang memasang sasaran untuk mendapatkan permulaan cemerlang bagi musim 2023 berdepan langkah kiri apabila gagal meneruskan kemaraan ketika bertemu pemain yang berada di ranking ketujuh dunia, Naraoka.
Permulaan pantas dan cemerlang menyaksikan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu memenangi set pertama 21-13 sekaligus memiliki momentum yang baik.
Bagaimanapun, Naraoka mula menemui rentak dan membaca gerakan Zii Jia sebelum memenangi set kedua, 21-17 untuk memaksa perlawanan ke set penentuan.
Pemain berusia 21 tahun itu cemerlang mendahului 4-0 di awal set ketiga, sebelum Zii Jia mula mengorak langkah mengutip mata demi mata, namun kesungguhan pemain Jepun itu membuahkan hasil apabila menoktahkan kemenangan 21-19 sekaligus meneruskan kemaraan ke pusingan 16.
Menanti Naraoka adalah sandaran negara, Ng Tze Yong.
Pemain yang menghuni ranking ke-25 dunia pada ketika ini mengesahkan kemaraannya selepas menundukkan wakil Ireland, Nhat Nguyen, 21-4, 21-10 dalam tempoh 22 minit.