Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas meraih kemenangan tipis ke atas gandingan baru China, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang.
Set pertama menyaksikan Ee Yi-Yew Sin berjaya mengawal permainan dengan baik untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka 21-13.
Namun set kedua menyaksikan Ee Yi-Yew Sin menghadapi kesukaran mengawal arus angin sehingga tewas 20-22.
Dalam set ketiga, Ee Yi-Yew Sin berkongsi bahawa perubahan taktikal merupakan faktor utama mereka memilih untuk terus menyerang kelemahan gandingan China sekaligus meraih kemenangan dengan keputusan penuh 21-13, 20-22, 21-15.
"Kami telah menghadirkan permainan yang terbaik, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki," kata Ee Yi.
Turut meraih kemenangan adalah perseorangan negara, Liew Daren yang berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan pemain Perancis, Toma Junior Popov 21-15, 14-21, 21-17.
Di sebalik kemenangan tersebut, Daren berkongsi bahawa dia sudah hampir sebulan tidak menjalani latihan akibat kecederaan 'muscle tear' di bahagian kaki kanan.
Daren yang mula beraksi dalam Terbuka Malaysia sejak 2006 menjelaskan bahawa ini merupakan peluang yang tak boleh dilepaskan kerana selepas 17 tahun akhirnya Terbuka Malaysia dinaik taraf ke Super 1000.