Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik bangkit sebelum layak ke pusingan 16

aaron-wooiyik.jpg
Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa bangkit untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Terbuka Malaysia sebentar tadi.

Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula dengan langkah kiri apabila tewas dalam set pertama, Berdepan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan, Aaron dan Wooi Yik bergelut untuk mengatasi asakan lawan selepas mata ke-15, sebelum tewas 16-21.

Set kedua menampilkan aksi yang lebih menyerlah daripada pasangan utama negara itu, sehingga membuka jurang lapan mata dan kelebihan tersebut bijak dikekalkan sehingga kemenangan 21-15, untuk memaksa ke set penentuan.

Permulaan perlahan yang dipamerkan dalam set ketiga, namun gandingan Malaysia itu berjaya juga membuka jarak 15-8 ke atas lawan mereka, sebelum menempah tiket ke pusingan seterusnya menerusi keputusan 21-16.
 

Advertisement

Must Watch Video