BADMINTON
Terbuka Korea: Peng Soon-Yee See terkandas
Wakil tunggal Malaysia dalam Terbuka Korea Selatan, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir setelah tewas kepada lawan dari China, sebentar tadi.
Beregu campuran negara itu yang berjaya menundukkan wakil tuan rumah di peringkat suku akhir semalam, bagaimanapun, gagal meneruskan rentak kemenangan dalam aksi di Seoul, hari ini.
Wang Yilyu-Huang Dong Ping jelas lawan yang lebih berbisa di peringkat ini.
Iklan
Pasangan itu mendominasi pertarungan sejak awal untuk memenangi set pertama 21-15.
Cita-cita beregu campuran Malaysia itu untuk bangkit dalam set kedua tidak kesampaian apabila Peng Soon-Yee See kelihatan semakin sukar untuk mengutip mata dan mengejar kedudukan.
Kesilapan demi kesilapan dilakukan pasangan Malaysia itu, sekaligus menyaksikan tiada lagi ruang untuk mencatat kemenangan dan terpaksa akur 21-9 selepas bertarung selama 43 minit.
Must-Watch Video