Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin berjuang hebat selamatkan mata akhir sebelum menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

feidin.jpg
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melepasi ranjau penuh berduri sebelum mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, sebentar tadi. 

Wakil profesional negara itu dituntut agar berjuang dalam aksi tiga set dalam tempoh sejam permainan dengan mengatasi 
Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dari Indonesia.  


Mereka tampak bakal menempuh laluan lebih selesa berikutan mengungguli set pertama 21-13. 

Namun, menampilkan permainan yang sedikit longgar untuk tumbang 17-21. 

Dan debaran itu berterusan apabila set penentuan terpaksa ditentukan dalam babak dius selepas Fei-Din mempamerkan kebangkitan mengutip berturut-turut untuk menang 22-20. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video