Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Beregu lelaki nombor satu dunia cemas sebelum mara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dinfei1.jpg
Pertarungan hampir satu jam menyaksikan pilihan pertama kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan wakil Taiwan di peringkat 32 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi. 

Aksi terakhir gelanggang satu di Istora Senayan menampilkan permainan memukau menerusi kebangkitan beregu lelaki nombor satu dunia itu dengan kemenangan rubber set 17-21, 21-17, 21-14. 

Sze Fei bersama Nur Izzuddin memburu kejuaraan pertama sejak menyandang posisi tertinggi itu dengan misi merangkul tempat pertama kejohanan bertaraf super 1000 itu. 

Advertisement

Must Watch Video