Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Siaran Langsung & Live Streaming misi wakil tunggal negara, Sze Fei-Nur Izzuddin bolot gelaran sulung tahun ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

szefeiizzuddin.jpg
Gandingan beregu lelaki nombor satu Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bakal membuat perhitungan dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka India bertemu Kim Won-ho-Seo Seung-jae di Kompleks Sukan Indira Gandhi, petang ini.

Wakil tunggal negara itu cemerlang menundukkan tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dengan kemenangan straight set 21-18,21-14 untuk menempah tiket ke pentas akhir pertandingan bertaraf super 750 itu.

Selepas kecundang dalam Petronas Terbuka Malaysia minggu lalu, pasangan ranking kedua dunia itu menebus kekecewaan untuk layak ke final sulung mereka tahun ini.

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Grandstand saluran 810 dengan jangkaan bermula jam 5.00 petang ini.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.

Advertisement

Must Watch Video