BADMINTON
Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Lee Zii Jia vs Koki Watanabe
Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlang dalam Terbuka Finland apabila menempah tiket ke pertarungan suku akhir, malam ini.
Lee Zii Jia dijadualkan bertemu pemain perseorangan lelaki Jepun, Koki Watanabe untuk merebut tempat ke separuh akhir esok.
Zii Jia mara setelah menidakkan cabaran seorang lagi pemain Jepun, Yushi Tanaka dalam aksi 2 set dengan keputusan 21-11, 21-18.
Iklan
Manakala bagi Koki Watanabe tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pemain perseorangan China, Lu Guang Zu, 21-11, 21-13 dalam masa 38 minit.
Rekod pertemuan kedua-dua pemain ini menyaksikan Koki Watanabe menang 2 pertemuan awal mereka.
Terbuka Finland: Siaran Langsung & Live Streaming Lee Zii Jia vs Koki Watanabe
Tarikh: Jumaat, 11 Oktober 2024 Masa: Bermula 10:30 malam Saluran: Astro Supersport 4 CH814, Astro GO & sooka Venue: Vantaan Energia Areena, Court 1Must-Watch Video