Juara Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terus mempamerkan kecemerlangan berterusan apabila melayakkan diri ke suku akhir Terbuka Arctic di Finland, selepas membenam Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, sebentar tadi.
Beregu lelaki profesional negara itu memerlukan 72 minit sebelum mengatasi pasangan Indonesia yang menghuni tangga ketujuh dunia dalam tiga set, 23-21, 19-21, 22-20 di Energia Arena di Vantaa, Finland.
Bagi Goh-Izzuddin, ini merupakan kemenangan ketiga ke atas beregu Indonesia itu selepas bermain dalam 10 pertemuan.
Mereka bakal berdepan pemenang antara Liang Wei Keng–Wang Chang dari China atau wakil negara, Man Wei Chong-Kai Wun.
Ammar Hakim
Fri Oct 11 2024