BADMINTON
Terbuka China: Perjalanan Pearly Tan-M. Thinaah terhenti di separuh akhir
Perjalanan mengagumkan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, di pentas Terbuka China berakhir selepas mereka tewas kepada pasangan tuan rumah, Jia Yifan-Zhang Shuxian di separuh akhir.
Pearly-Thinaah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka China apabila tewas 14-21, 17-21 di tangna pasangan nombor ketujuh dunia itu di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou sebentar tadi.
Ia menandakan kekalahan keempat beregu ketiga dunia kepada Yifan-Shuxian dalam lima pertemuan.
Iklan
RESULTS: #ChinaOpen2025WD | SF#CHN🇨🇳 Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian def.#MAS🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah 3️⃣ 21-14 21-17⏱️38m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/bSxbTVW0GG— BAM (@BA_Malaysia) July 26, 2025
Must-Watch Video



