Skip to main content

Badminton

Tak perlu kecil hati Toh Ee Wei kembali ke Chen Tang Jie -- Loo Bing Kun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bingkoon.jpg
Pemain badminton muda negara, Loo Bing Kun, tidak 'berkecil hati' melihat Toh Ee Wei disahkan kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie.

Dia yang merupakan pasangan baru buat Ee Wei enggan peduli berita tersebut, sebaliknya terus memandang ke hadapan demi mengembangkan kariernya.

Malah, Bing Kun menganggap Ee Wei sebagai model terbaik buat dirinya bagi menambah kualiti permainan ke arah lebih baik. 

Bing Kun mengakui Ee Wei seorang pemain yang tegas dalam gelanggang dan memiliki kelebihan luas biasa di bahagian hadapan. 

 

Nasib terkini masih belum diketahui mengenai siapakah gandingan terbarunya, dan menyerahkan segala keputusan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menentukan hala tujunya selepas ini.

"Saya mengetahui berita ini sejak minggu lalu.

"Saya tetap memiliki tiga kejohanan untuk belajar daripadanya. Ia adalah peluang juga untuk saya.

"Mereka berdua sememangnya gandingan yang sangat hebat, jadi ia adalah keputusan yang baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Advertisement

Must Watch Video