Skip to main content

Badminton

Sukan SEA Thailand: Lebih baik letak gandingan asal -- Razif Sidek

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

razif.jpg
Pemenang pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek, mempunyai pandangan berbeza mengenai cadangan yang dilontarkan Aaron Chia untuk gandingan 'scratch pair' dalam temasya Sukan SEA Thailand nanti.

Razif lebih gemar melihat gandingan asal beraksi terutama dalam kategori individu, namun tetap terbuka andai 'scratch pair' dijadikan pilihan dalam acara berpasukan.

Pandangan itu mengambil kira tujuan utama kontinjen badminton kebangsaan untuk memastikan hasrat merangkul emas menjadi kenyataan.

Razif turut menjelaskan keputusan 'scratch pair' hanya berkesan sekiranya mengambil kira objektif jangka masa panjang dan bercadang untuk mengekalkan pasangan itu pada kejohanan akan datang.

Gandingan asal dilihat lebih realistik memandangkan mereka telah mengetahui kekuatan masing-masing di pentas antarabangsa. 

"Pada pandangan saya lebih baik letakkan gandingan asal yang betul-betul mahukan kejayaan dan ingin mengharumkan nama negara.

"Seandainya meletakkan 'scratch pair' pada pandangan saya kurang baik kerana prestasi masing-masing kita tidak tahu.

"Jika berpasukan boleh, tetapi jika individu lebih baik gandingan asal. Memang kita mengalu-alukan cadangan Aaron, tetapi lihat bagaimana penerimaan BAM.

"Kita mahukan pingat, ia lebih penting." katanya.
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video