Beregu lelaki utama kebangsaan, Aaron Chia, terbuka untuk membentuk gandingan bidan terjun sempena kempen Sukan SEA Thailand yang membuka tirai 9 Disember depan.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar taruhan utama untuk menghadapi saingan dwitahunan itu yang tidak menawarkan mata ranking dunia sambil mengambil pendekatan pendedahan pemain kepada gandingan berbeza, demi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan seperti Piala Thomas.
Dia dan Soh Wooi Yik menyahut idea itu tatkala ia masih diperhalusi di peringkat pengurusan dan pemain sendiri.
"Saya pun harap kami boleh cuba pasangan berbeza dan tengok hasilnya. Memang sudah ada perbincangan dengan jurulatih.
"Lagipun Sukan SEA bukan kejohanan yang menawarkan mata ranking jadi ia pentas sesuai untuk kami cuba benda baru," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Aaron mencontohi beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, yang membuktikan keampuhan mereka dalam tempoh singkat.
"Kadang-kadang beregu bidan terjun ni boleh jadi lagi kuat. Lawan pun sukar nak jangka. Ia boleh jadi satu kelebihan buat pasukan.
"Saya yakin untuk bergandingan dengan sesiapa pun. Yang penting sasaran adalah pingat emas," katanya lagi.
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat