BADMINTON
Sukan SEA: Pengalaman bekalan terbaik buat Jacky di Kemboja
Pemain perseorangan negara, Jacky Kok, yakin pengalaman di saingan Sukan SEA Vietnam bakal diterjemah di Kemboja bulan depan.
Jacky berkongsi bahawa pengalaman yang ditimba pada tahun lepas sudahpun mematangkan gaya permainannya untuk berdepan dengan perseorangan negara yang lain dalam aksi berpasukan.
"Setakat ini, kami membuat persiapan yang rapi. Kami memberikan tumpuan bagi menghadapi Sukan SEA edisi ini. Saya juga telah meningkatkan corak permainan dan yakin dengan kemampuan sendiri untuk memberikan yang terbaik," kata Jacky.
Iklan
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menyatakan perseorangan negara, Justin Hoh memerlukan lebih kurang empat bulan untuk kembali beraksi di atas gelanggang.
Sebelum ini, Justin mengalami kecederaan putus tendon achilies yang mengakibatnya terpaksa menarik diri daripada aksi temasya Sukan SEA Kemboja 2023.
"Justin telah mula proses rehabilitasi buat masa ini sejak dua minggu yang lalu," kata Choong Hann.
"Dalam tempoh beberapa minggu lagi, dia boleh mula menjalani latihan ringan di gelanggang.
"Namun jika mahu berbincang mengenai masa yang diperlukan untuk kembali beraksi, dia masih memerlukan masa yang panjang."
Must-Watch Video