Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang, mengiringi Leong Jun Hao ke pentas separuh akhir Sukan SEA Kemboja selepas berhempas-pulas mengalahkan Panitchaphon Teeraratsakul 18-21, 21-19, 21-17, hari ini.
Shun Yang menjelaskan kemenangan ini sangat bermakna buatnya setelah prestasi yang kurang memberangsangkan dalam acara berpasukan.
"Saya bermain dengan taktik yang tepat sejak awal permainan lagi cuma beberapa mata akhir set pertama itu yang menjejaskan saya," katanya.
Dalam masa sama, beregu campuran negara, Choong Hon Jian-Yap Ling, terkandas dalam suku akhir Sukan SEA Kemboja apabila kecundang kepada Ratchapol Makkasasithorn-Chasinee Korepap 14-21, 18-21.
Hon Jian-Yap Ling mengakui beberapa kesilapan mudah telah mengundang kekalahan mereka selain serangan mantap yang dijelmakan peserta Thailand itu.
"Kami sudah cuba sedaya upaya tapi masih tidak dapat pamerkan permainan yang baik.
"Corak serangan dan permainan di jaring oleh pihak lawan lebih bagus," kata Hong Jian.
Tambah Yap Ling: "Set kedua mungkin kami dapat berikan saingan tapi banyak pukulan -pukulan penting yang perlu diperbaiki."